اليقين لايزول بالشك

اليقين لايزول بالشك

PASTI اليقين

- Pasti.
- Ketenangan hati diatas sesuatu hakikat.

SYAK الشك

- Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan.

MAKNA DARI SEGI FUQAHA (معنى قاعدة إمالية)

           Perkra yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tiada terangkat kecuali dengan
           dalil yan pasti (القطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi,
           begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku) maka tidak 
           dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka
           lebih lemah daripada yakin.

1- Contoh:
                  Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak dia berhadas, apa hukumnya ?

Imam Ahmad & Abu Hanifah berkata hukumnya suci kerana yakin tidak berhadas.

Imam Malik berkata wajib ke atasnya berwudhuk berdasarkan kaedah ( dalam kaedah syak didalam syarat ) ( wuduk ) menjadi penghalang daripada sahnya solat , justeru taharah ( suci ) adalah syarat sah solat.

قاعدة إمام المالك 
        ( الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط  )


Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain kemudian orang yang berhutang itu syak , adakah dia dah jelaskan hutang ? 

Hukum hutang tersebut kekal , kerana dia yakin yang dia berhutang
Share:

No comments:

Post a Comment